BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Ketika saya membasuh kemaluan selepas kencing, air basuhan tersebut jatuh ke lantai dan terkena kaki saya. Apabila saya menjirus air ke kaki kanan misalnya, air basuhan tersebut ( yakni air mutannajis) akan kena pada kaki kiri. Dan apabila saya membasuh kaki kiri, air basuhan tersebut ( yakni air mutannajis) akan kena pada kaki kanan pula dan berterusan sehingga saya penat dan lenguh. Perkara ini membuatkan saya bingung tentang cara hendak bersuci sehinggakan saya mencuci kaki dengan sebelah kaki di dalam tandas dah sebelah kaki lagi (yang telah dibersihkan) diluar tandas bagi mengelakkan kaki yang telah dibersihkan terkena air mutannajis semula. Untuk makluman saya sedang melawan perasaan was-was dan harap dapat menjawab soalan saya. Soalan: Sekiranya najis yg dimaafkan terkena air mutlak, adakah air tu menjadi mutannajis? Soalan: Apakah maksud diam ketika dalam tomakninah? Adakah saya perlu betul2 diam seperti patung lilin atau cukup sekadar diam secara uruf sebelum meneruskan iktidal, sujud dan lain2? Soalan: Sekiranya ketika solat terasa was was atau ragu2 air kencing keluar itu tidak dituntut untuk dilayan seperti kata ustaz azhar idrus, adakah saya juga tidak perlu melayan perasaan tersebut diluar solat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Air mutlak yang mengalir sama seperti air mutlak yang digunakan untuk membasuh najis, maka air itu telah mengalir bersama najis dan membersihkan kaki yang dibasuh. 2. Tomakninah adalah berhenti seketika pada kadar bacaan sekali tasbih. Tidaklah disyaratkan berhenti dan tidak bergerak-gerak seperti patung. 3. Hendaklah menyelesaikan solat sehingga tamat, melainkan jelas nyata memang keluarnya najis atau terbatal solat dengan sebab keluar sesuatu daripada qubul mahupun dubur. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 212

message user image