BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Suami saya tidak mahu solat kalau saya nasihatkan suruh solat dia akan naik atas dan tidur bagaimana untuk menyelesaikan masalah saya ini, bolehkah saya menuntut untuk berpisah ustaz?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, saudari perlu mengajak untuk solat bersama dan jangan mudah putus asa. Untuk makluman, tugas kita ajak, beri tunjuk ajar dan lakukan apa sahaja untuk kesedaran. Kemudian berdoa dan bertawakkal kepada Allah dan teruskan dakwah jangan putus asa kerana yang beri hidayah hanyalah Allah SWT. Tidak perlu sehingga berpisah kerana ia bukan jalan terbaik. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 148

message user image