BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Imam di Masjid yang saya ikuti setiap hari tidak melakukan tumakninah semasa duduk di antara dua sujud. Dia terus bangun dan saya telah memberi pandangan saya melalui seseorang rakan Arab saya yang mengaji Quranbersama saya telah solat fajar. Saya telah tunjukkan Hadis yang perbuatan dia boleh membatalkan solat rujuk cerita Nabi suruh solat semula tiga kali. Kadang-kadang dia perbaiki dengan tumakninah tapi kadang-kadang waktu Isyak dia terus bangun. Saya tidak sedap hati dan rasa-rasa nya tidak mahu pergi ke Masjid selagi Imam itu tidak memperbetulkan dirinya. Untuk maklumat Imam ini lulusan Alazhar dan dialah guru saya membaca Quran setiap Fajar. Soalannya saya tahu perbuatannya itu salah dan boleh mengakibatkan solat dia dan saya batal saya rasa lebih elok saya solat di rumah saja. Bukan saya tidak mahu pergi ke Masjid. Saya serba salah kalau saya tidak datang ke Masjid nanti dia orang kemana saya hilang lama dan apa saya nak jawabkan. Saya takut hendak jatuhkan maruah dia dan dia guru Quran saya. Tolong beri pencherahan yang seeloknya apa saya patut buat. assalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menurut pendapat jumhur ulama’ termasuk ulama mazhab asy-Syafie, tomakninah itu wajib dilakukan di dalam sembahyang sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat. Terdapat empat rukun sembahyang yang diwajibkan adanya tomakninah iaitu rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Ketetapan hukum ini adalah bersandarkan kepada hadith sohih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, ketika Rasullah SAW membetulkan sembahyang seorang lelaki, baginda bersabda : إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلاَةِ فَكَبِّرْ. ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ. ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعاً. ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِماً. ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِداً. ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئنَّ جَالِساً. ثُمَّ افْعَلْ ذلِكَ فِي كُلِّ صَلاَتِكَ كُلِّهَا Maksudnya : “Jika kamu mendirikan sembahyang maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagimu (surah al-Fatihah). Kemudian rukuklah sehingga rukuk dengan tomakninah. Kemudian bangkitlah sehingga berdiri dengan iktidak. Kemudian sujudlah sehingga sujud dengan tomakninah. Kemudian bangkitlah sehingga duduk dengan tomakninah. Kemudian lakukanlah yang demikian itu kesemuanya dalam sembahyangmu”. (Riwayat Muslim) Tomakninah ketika duduk antara dua sujud adalah tenang atau tetap sekalian anggota, sekira-kira ada masa yang memisahkan di antara setiap pergerakan sekurang-kurangnya dengan kadar bacaan tasbih “سبحان الله” tanpa terlalu lama. Walau bagaimanapun, terdapat dalam kalangan ulama’ Hanafi membezakan antara perkara wajib solat dan perkara yang fardhu. Perkara yang fardhu adalah merupakan rukun solat yang tidak sah solat kecuali dengannya. Adapun, perkara wajib adalah perkara yang tidak membatalkan solat jika meninggalkannya tetapi mesti melakukan sujud sahwi. Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan Syaibani telah meletakkan tomakninah semasa rukuk dan sujud sebagai perkara wajib dalam solat dan bukan perkara yang fardhu yang boleh membatalkan solat. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Karkhi. Dan Abu Abdillah al-Jurjani pula menyebut bahawa tomakninah hanya sunat dalam mazhab Hanafi sehingga tidak perlu sujud sahwi bagi mereka yang meninggalkan tomakninah kerana terlupa. Situasi yang berbeza di luar negara berbanding Malaysia yang jelas mengamalkan mazhab Syafie. Justeru, bersangka baiklah, mungkin mereka yang tidak melakukan tomakninah dalam solat adalah mereka yang berpegang kepada fahaman bahawa tomakninah bukanlah sesuatu yang fardhu. Dalam keadaan ini, solat mereka sah dan harus bagi makmum untuk mengikut imam dengan syarat makmum yang berpegang bahawa tomakninah itu fardhu, maka mereka wajib untuk tomakninah dalam solat mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 827

message user image