BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Adakah putuskan silaturrahim dikira murtad? Mohon penjelasan..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, memutuskan silaturrahim tidak menyebabkan murtad, kerana murtad adalah berpaling dari agama Islam kepada agama kufur sama ada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa maksud kufur sama ada secara persendaan, ingkar atau iktiqad. Manakala memutuskan silaturrahim pula hukumnya adalah haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya”. (Muhammad : 22 – 23) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 189

message user image