BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum meninggal jika tidak sempat mengucap dua kalimah shahadah. Adakah ia tidak berpeluang masuk ke syurga?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, kematian merupakan di antara perkara yang berada di dalam qada’ dan qadar yang telah ditetapkan oleh SWT ke atas setiap makhluk. Ia juga merupakan rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa. Hadith yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَا مِنْ نَفْسٍ مَنْفُوسَةٍ إِلَّا كُتِبَ مَكَانُهَا مِنَ الجَنَّةِ وَالنَّارِ، وَإِلَّا قَدْ كُتِبَ شَقِيَّةً أَوْ سَعِيدَةً Maksudnya : “Tidak ada jiwa yang bernyawa melainkan telah ditulis (atau ditentukan) akan tempatnya di syurga atau neraka dan telah ditulis (atau ditentukan) juga bahawa dia akan menderita atau bahagia.” (Riwayat al-Bukhari) Berdasarkan umum makna hadis di atas bahawa ketentuan syurga atau neraka adalah merupakan hak Allah. Oleh itu, kematian yang berlaku ke atas seorang muslim tidak wajar dinilai dengan menggunakan penilaian manusia, kerana ia merupakan urusan Allah. Apa yang menjadi tanggungjawab seorang muslim apabila mendengar atau melihat kematian ialah mendoakan semoga mereka diampunkan oleh Allah SWT. Tambahan pula, amalan seseorang membantu untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah selagi mana tidak terbatal syahadahnya sewaktu didunia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 205

message user image