BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: saya ada persoalan berkenaan lafaz talak: -adakah sah talak jika suami sebut lafaz soreh dgn menyebut nama isteri tetapi sengaja sebut nama bapa isteri yg salah supaya lafaz tersebut ditujukan kepada orang lain. lafaz tersebut diucap semasa berseorangan. -suami sengaja sebut nama yg salah supaya lafaz itu ditujukan selain dari isterinya. -suami anggap jika nama yg salah, jadi orang yg salah. lalu lafaz itu ditujukan kepada orang yg salah (bukan isterinya yg sah) dan mengakibatkan lafaz yg tidak sah. -semasa lafaz, hati suami langsung tidak tujukan kepada isterinya dengan harapan supaya lafaz itu tidak di tujukan kepada isterinya. - saya sudah pun merujuk isteri saya dengan lafaz soreh semasa berseorangan kerana takutkan lafaz itu terjatuh. bolehkah saya bertanyakan hal ini di pejabat agama, atau saya perlu ke mahkamah berkenaan hal ini? kerana saya tidak berniat untuk berpisah dengan isteri saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz-lafaz yang berbentuk perceraian atau talak tidak boleh disebut dengan sewenang-wenangnya, main-main atau secara gurauan. Perkara ini dijelaskan dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang dilakukan secara bersungguh menjadi sah, dan secara gurauan juga akan menjadi sah; nikah, talak dan rujuk”. (Riwayat Abu Daud ) Walaupun dilafaz secara berseorangan, dan suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya atau lafaz tersebut menyebut nama isteri walaupun tidak tepat, boleh menyebabkan jatuhnya talak, kerana perbuatan itu dilakukan oleh suami dalam keadaan sedar (waras) dan suami memang sengaja menyebut yang salah, dan suami tahu walaupun ia lafaz soreh. Lafaz talak tidak boleh dibuat main-main sebagaimana hadis di atas. Bagi kes ini, lafaz talak tersebut mestilah dilaporkan terus ke Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa untuk menentukan status pernikahan. Begitu juga jika ingin melakukan rujuk, mesti dilaporkan ke Mahkamah yang sama. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 286

message user image