BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya telah hampir dua bulan mendirikan rumahtangga. Masalah yang saya hadapi sekarang ialah saya dan suami belum pernah lagi melakukan hubungan kelamin. Ini kerana saya takut dan fobia kerana ianya menyakitkan. Saya telah mencuba beberapa kali tetapi tetap tidak berjaya menunaikan hajat suami tercinta. Saya hanya memuaskan hajat suami dengan menggunakan cara yang saya mampu sahaja buat masa ini. Saya telah berusaha dan berikhtiar mendapatkan rawatan dan kaunseling bagi menyelesaikan masalah ini. Saya juga ada berjumpa pakar sakit puan dan doktor telah melakukan pemeriksaan dan menyatakan saya mempunyai masalah small introitus. Doktor mencadangkan saya menjalani fenton operation bagi mengatasi masalah saya ini. Walau bagaimanapun saya menolak kaedah ini kerana saya takut dan fobia selain hilang minat untuk melakukan hubungan kelamin bersama suami. Ini menyebabkan saya menghadapi masalah kemurungan, ketakutan dan rasa bersalah yang melampau. Saya juga mempunyai masalah kesihatan yang lain dan hanya memberitahu suami selepas kami berkahwin. Alhamdulillah ustaz suami saya sangat baik dan penyabar orangnya. Bolehkah saya memohon untuk berpisah kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Saya mahu melihat suami bahagia. Saya juga ada mencadangkan supaya suami berkahwin lain. Mohon penjelasan yang terperinci daripada ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bagi kebanyakan wanita, biasanya isu fobia menyakitkan atau hilang minat semasa hubungan kelamin hanya bersifat sementara. Tetapi bagi masalah “small introitus” atau dalam istilah feqahnya sebagai “رتقاء” (Ratqa’) iaitu tempat jimak tersumbat dengan daging atau “قرناء” (Qarna’) tempat jimak tersumbat dengan tulang. Ia merupakan suatu keaiban yang membenarkan suami untuk khiyar atau membuat pilihan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Oleh itu dalam isu puan, ia merupakan pilihan suami. Memandangkan suami puan sayangkan puan, puan juga sayangkan suami, maka ada baiknya jika puan berbincang bersama suami untuk meneruskan rawatan dan menjalani “fenton operation” seperti yang dicadangkan oleh doktor. Walau bagaimanapun, ia perlu menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut tentang manfaat dan risikonya. Cara ini bukan sahaja boleh mengekalkan kebahagiaan rumah tangga, tetapi juga menghilangkan kemurungan puan yang mungkin dialami. Masalah penyakit lain yang puan hadapi perlu dipastikan sama ada ia termasuk dalam kategori yang mengharuskan khiyar. Tentang memohon berpisah atas sebab-sebab tersebut merupakan suatu yang tidak wajar, kerana talak merupakan hak suami. Tetapi mencadangkan suami untuk berkahwin lain, ia lebih wajar jika suami bersedia untuk itu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 168

message user image