BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada satu soalan berkenaan solat jamak. Saya dan kawan-kawan ingin bercuti di Genting Highland, kami bertolak pukul 12 tengah hari didalam perjalanan kami telah tersesat di Kuala Lumpur dan kami sampai di Genting 10 minit masuknya waktu asar. Soalan saya, adakah dibolehkan solat jamak? Dan apakah hukumnya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, keharusan jamak solat dengan sebab musafir adalah bagi perjalanan 2 marhalah daripada rumah kediaman ke lokasi yang dituju. Sesat dalam perjalanan seperti saudari yang telah tersesat ke Kuala Lumpur tidak termasuk dalam kiraan 2 marhalah tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 68

message user image