BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam, soalan saya 1.definasi anak yatim 2.saya ada adik perempuan yang berumur 30 tahun dan bekerja kilang serta tinggal berasingan. adakah dia dikira anak yatim jika bapa sudah meninggal dan wajib bagi saya untuk membayar zakat fitrah untuknya? 3.sehingga manakah tanggungjawab saya kepadanya dan sampai bila?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara; 1. Definisi anak yatim adalah anak-anak yang kematian bapanya, dan yang belum baligh serta belum mampu untuk mengurus harta atau menyara dirinya sendiri. Firman Allah SWT : ولَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ ۖ "Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri)” (al-An’am : 152) 2. Adik perempuan saudara tidak lagi dinamakan sebagai anak yatim, kerana beliau telah dewasa yang mampu mengurus dan menyara dirinya sendiri. Justeru, beliau boleh membayar sendiri zakat fitrahnya. Had umur anak yatim adalah 15 tahun. Rujukan fatwa : http://www.muftiselangor.gov.my/84-fatwa/muamalat/91-fatwa-tentang-penetapan-kadar-had-umur-anak-yatim-di-negeri-selangor-bagi-pelaksanaan-pemberian-sumbangan-hari-raya 3. Tanggungjawab saudara sebagai abang kepada adik perempuan adalah sebagai mahram dan walinya. Abang juga bertanggungjawab dalam pemberian nafkah adik perempuan selagi belum berkahwin. Saling menasihati dalam perkara agama dan saling menegur apabila melakukan perkara yang dilarang syarak. Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)” (at-Tahrim : 6) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 895

message user image