Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Pertanyaan: Sekiranya mas kahwin dalam bentuk dinar emas, bagaimana dengan jumlahnya? Setahu saya minimun mas kahwin selangor RM300
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, pernikahan di Selangor boleh menggunapakai dinar mas sebagai mas kahwin semasa akad nikah. Ketika akad nikah berlangsung memadai dengan menyatakan jumlah dinar emas tersebut contoh : “Aku terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak satu dinar emas”. Yang penting mesti muafakat diantara ijab dan qabul. Mas kahwin RM300 itu adalah minimum, jika lebih maka tidak mengapa. Untuk keterangan lanjut saudari, bolehlah merujuk ke Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di talian 03-55143476 / 03-55143467. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.