Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya mempunyai wudhuk, kemudian saya minum air, apakah saya perlu berkumur untuk hilangkan sisa air kosong tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tidak perlu berkumur kerana air yang diminum adalah air kosong sahaja. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.