Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukumnya seorang wanita berkata "jangan ikut nabi" dalam keadaan marah apabila diberi nasihat supaya mengikut sunah dan ajaran Nabi Muhammad dalam mentaati suami?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, perlakuan wanita tersebut hukumnya adalah berdosa dan wajib bertaubat dengan taubat nasuha dan menyesali serta tidak mengulangi kata-kata yang menolak serta memperolok-olok sunnah Nabi Muhammad SAW. Bahkan tindakan itu juga dianggap sebagai nusyuz terhadap suami, kerana patuh dan taat arahan suami adalah wajib dalam perkara-perkara yang ditetapkan oleh syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.