BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya hukum mengambil komisyen dari supllier. Saya bekerja di sebuah kilang. Saya menguruskan jual beli dengan supplier. Bila saya beli barang dari supplier, mereka ada polisi syarikat mereka sendiri. Setiap orang dari mereka akan mendapat komisyen selepas kami membeli barang dari mereka. Jadi, salah seorang dari mereka berkata kepada saya yang dia xmahu ambil komisyen syarikat dia tersebut sebaliknya ingin memberikan kepada saya. Saya xtahu kenapa, tapi saya fikir mungkin niat dia untuk terus dapat pembeli dari saya/kilang saya. Maksudnya disini, dia menggunakan komisyen (hak dia) dari syarikatnya untuk memberikan kepada saya sebagai hadiah atau lain-lain sebab/niat. Dia merupakan pangkat yang tinggi dalam syarikat, jadi tiada masalah baginya untuk memebrikan komisyen dia pada orang lain. Jadi, apa hukumnya saya menerima komisyen tersebut? Adakah halal atau haram jika saya guna? Jika haram, bolehkah saya derma di masjid atau menolong orang susah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Bahagian di tempat tuan bekerja, berkenaan dengan penerimaan komisyen daripada pihak pembekal (Supplier). Tindakan ini dibuat supaya tuan telus dalam mengurus pembelian bagi pihak kilang. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: من استعملناه على عملٍ فرزقناه رزقًا فما أخذ بعد ذلك فهو غلولٌ Maksudnya : “Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan)" (Riwayat Abu Daud) Peneriman atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan rasuah sekiranya pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. ( Rujuk Para 12 – PP 3/1998 ) Nota: Keadaan ini juga merangkumi penjawat awam, swasta dan orang awam. Rujukan link : http://www.sprm.gov.my/index.php/hadiah والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 106

message user image