Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana kita ingin mengesahkan pengamal perubatan islam yang kita berjumpa samada benar atau tidak? Jika lihat dari segi luaran dan bacaan, menggunakan ayat al-quran. Bahan yang digunakan wajib ada limau nipis. Apabila ustaz tersebut hiris pada pangkal limau tersebut boleh tau penyakit pesakit tersebut sebagai contoh ada sakit kencing manis dan skala bacaan nya dengan tepat.Isi hati contoh perwatakan seorang yang degil. Ustaz itu juga ada menggunakan keris kecil ketika dalam perawatan. Untuk mencucuk hujung limau nipis tersebut dan membaca ruqyah untuk beri kepada pesakit mandi 3 hari berturut-turut. Adakah perawatan islam sebenar dibolehkan menggunakan keris? Mohon pihak tuan dapat memberikan penjelasan atas perkara ini untuk kita benar-benar yakin dengan perawat tersebut dengan ilmu yang beliau tahu tentang seseorang. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, berkenaan pengamal perubatan ini perlulah dipastikan amalan perubatannya dan kaedahnya tidak bercanggah dengan syariat. Disamping itu puan bolehlah dapatkan maklumat berkenaan perkara ini menerusi Garis Panduan Perbomohan yang keluarkan oleh JAKIM seperti berikut: http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_perbomohan_menurut_islam.pdf Begitu juga dengan Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam yang dikeluarkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia, di link berikut: http://tcm.moh.gov.my/ms/upload/garispanduan/amalan/GPPengubatanIslamSept2011.pdf والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.