BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya telah diberitahu seorang ustaz bahawa daging babi hanya tidak boleh dimakan tetapi boleh di sentuh tanpa perlu disamak.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, sememangnya dalam Islam daging babi adalah haram untuk dimakan, sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah.” (al-Baqarah : 173) Sentuh babi bererti menyentuh najis. Menyentuh najis tidak dianjurkan oleh Islam kecuali keadaan terpaksa. Jika seseorang menyentuh babi, maka anggota badan yang terkena babi perlu disucikan dengan kaedah yang diajarkan oleh Islam iaitu sertu dengan 7 kali basuhan satu daripadanya dengan basuhan air tanah. Namun, pendapat yang mewajibkan membasuh kesan babi dengan air tanah adalah pendapat mazhab Syafi’i, kerana mereka menyamakannya dengan anjing ataupun lebih najis dari anjing. Kata Sadr al-Din Muhammad bin ‘Abd al-Rahman (seorang ilmuwan dalam mazhab al-Syafi’i, meninggal 780H): “Khinzir hukumnya seperti anjing. Dibasuh apa yang ternajis disebabkannya sebanyak tujuh kali. Inilah pendapat yang paling sah dalam Mazhab al-Syafi’i”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 216

message user image