BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya tentang status lafaz taklik yang bukan saya tulis dan di hantar pada isteri saya tanpa saya memahami ayat itu dan berniat adakah dikira sah taqlik melalui whatsapp yang ditulis isteri sendiri dan disalin dihantar kepada saya. lalu saya hantar semula pada dia tanpa berbuat sebarang perjanjian dan persetujuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak sah taklik yang ditulis oleh isteri, kerana talak adalah hak suami untuk menceraikan atau tidak, lebih-lebih lagi suami tidak memahami taklik melalui whatsapp yang dihantar oleh isterinya dan tidak berniat ke arah perceraian. Jika isteri itu hendak meminta talak dari suaminya, bolehlah membuat permohonan khulu’ (tebus talak) di Mahkamah Syariah yang berhampiran, kerana hukum ini dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Al-Baqarah : 229) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 140

message user image