BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ingin tahu status aurat bakal isteri saya kelak kerana saya mempunyai ayah tiri yang sudah lama berkahwin dengan ibu kandung saya dan dikurniakan 4 orang anak lelaki. Adakah boleh bakal isteri saya bersalaman dengan ayah tiri saya ? Bagaimana status aurat bakal isteri dengan ayah tiri ? adakah sama seperti bapa mertua yang normal ? Mohon pencerahan , Terima Kasih .


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kedudukan antara bapa tiri dan bakal isteri saudara, keduanya adalah bukan mahram. Justeru, mereka tidak boleh bersalam dan wajib menutup aurat sebagaimana aurat dengan lelaki dan perempuan ajnabi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 101

message user image