BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Boleh kah isteri bagi zakat pada suami yang mengalami masalah kewangan kerana menghadapi isu hutang yang tidak dapat dibayar dan perniagaan yang terpaksa ditutup.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, adalah harus memberi zakat kepada suami kerana suami bukan di bawah tanggungan nafkah puan, dengan syarat suami merupakan salah satu daripada asnaf yang lapan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 73

message user image