BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan 1. Apakah hukum membuat animasi 3D berbentuk manusia. Contohnya seperti kartun barbie atau 3D berbentuk manusia yang lebih realistik. 2. Bagaimana jika 3D tersebut dicipta tanpa menutup aurat. Contohnya tidak memakai tudung atau memakai seluar pendek. 3. Bagaimana pula hukumnya jika 3D tersebut dimuat naikkan ke media sosial.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, 1. Hukumnya harus, kerana ia bukan nyata, hanya animasi. 2. Sebaiknya jika 3D itu menggambarkan orang muslim dewasa, rekalah yang menutup aurat. Jika kanak-kanak, adalah dibolehkan dengan pakaian yang sopan. 3. Harus jika bertujuan pendidikan yang boleh membawa kebaikan dan tidak melalaikan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 96

message user image