Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: adakah sah mandi wajib jika terdapat bekas spray anti-perspirant pada badan yang susah tanggal?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, segala kotoran yang zahir dan apa-apa yang menghalang air daripada sampai ke anggota badan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum mandi wajib. Sekiranya kotoran tersebut sukar untuk ditanggalkan, serta membawa mudharat jika hendak dihilangkan atau meresap ke dalam kulit, maka ia dimaafkan. Hukum mandi wajib dan wudhuk tersebut adalah sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.