BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah, saya ingin bertanya sahkah wuduk sekiranya terdapat sisa-sisa serbuk kunyit seperti pewarna kunyit kekuningan yang melekat di jari selepas dibasuh dengan sabun? Terima Kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, sisa kekuningan daripada serbuk kunyit yang masih ada di jari adalah tidak menghalang air daripada meratai kulit tangan. Sah wuduk tersebut kerana kunyit adalah pewarna semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 79

message user image