BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Setelah mencukur dan menimbang rambut bayi. Bolehkah jumlah nilaian wang tersebut diberikan kepada organisasi tertentu seperti Bersamamu (Tv3)? atau, bolehkah selain dari fakir miskin, diberikan kepada orang yang memerlukan seperti orang yang tidak cukup wang untuk perbelanjaan hospital yang merayu di FB?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, harus hukumnya memberikan jumlah nilaian hasil daripada rambut yang dicukur dan ditimbang kepada orang yang memerlukan seperti orang-orang miskin dalam rancangan Bersamamu (TV3). Rasulullah SAW mengarahkan kepada anaknya, Saidatina Fatimah R.anha: زِنِي شَعْرَ الْحُسَيْنِ وَتَصَدَّقِي بِوَزْنِهِ فِضَّةً، وَأَعْطِي الْقَابِلَةَ رِجْلَ الْعَقِيقَةِ Maksudnya: "Timbanglah rambut Hussein, dan sedekahkanlah dengan kadar timbangan itu dengan perak dan hadiahkan kepada bidan kaki binatang akikah itu.” (Riwayat Hakim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 135

message user image