BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum. Apakah hukum bagi dua orang yang sedang melakukan solat fardhu di ruangan yang sama dan pada waktu yang sama (contoh rumah), dan mereka tidak mengerjakan solat secara berjemaah, khususnya bagi pasangan suami isteri, apakah solat mereka sah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berkenaan solat berjemaah ini telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat berjemaah itu lebih besar pahalanya daripada solat sendirian iaitu 27 ganjaran." (Riwayat al-Bukhari) Solat jemaah dari segi syara’ bermaksud menyambungkan solat yang dilakukan dengan mengikut perbuatan imam. Ia merupakan satu amalan yang sangat dituntut untuk dilaksanakan oleh umat Islam. Ia juga merupakan satu kaedah untuk memupuk kecintaan, semangat kasih sayang serta tolong-menolong antara sesama muslim. Hukum melaksanakan solat secara berjemaah ini adalah sunat muakkad dan makruh bagi yang meninggalkan solat berjemaah. Kesimpulannya, berdasarkan kepada situasi yang dinyatakan, solat tersebut adalah sah, kerana solat berjemaah bukan menjadi syarat sah kepada solat. Solat berjemaah hanya memenuhi hukum sunat muakkad yang sangat dituntut dilaksanakan bagi seorang lelaki. Cuma kelebihan solat berjemaah ada dinyatakan dari sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Solat seorang lelaki bersama lelaki yang lain lebih elok dari solat secara bersendirian. Dan solatnya bersama dua orang lelaki lebih elok dari solat bersama seorang lelaki. Dan lebih banyak itulah yang paling disukai oleh Allah SWT.” (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 77

message user image