BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: 1. Jika saya memiliki harta peninggalan arwah ibu seperti tanah, dan suami saya menyuruh saya menjual tanah tersebut. Adakah saya dianggap nusyuz kerana mengingkari arahan suami jika saya tidak mahu menjual tanah tersebut? 2. Jika saya disuruh untuk meminjam duit dari bank atas nama saya dan tolak duit gaji saya automatik untuk kegunaan suami dan saya tidak mahu melakukannya. Adakah saya dianggap nusyuz?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Harta peninggalan (tanah) yang diwarisi oleh puan adalah menjadi hak milik puan. Justeru, suami tidak boleh menyuruh isteri menjualnya, dan ia tidak dianggap sebagai nusyuz jika puan tidak mengikut arahannya. 2. Perbuatan tersebut juga tidak dianggap sebagai nusyuz, kerana tindakan suami menggunakan nama puan untuk mendapatkan pinjaman adalah tidak wajar, dan membebankan puan menanggung hutang. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar berbincang dengan baik, tambahan pula kehidupan suami isteri adalah perkongsian hidup, jika ia boleh membantu meringankan beban dalam kehidupan berumahtangga. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 135

message user image