Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum saya ingin bertanya . kalau adik saya lelaki ambil anak susuan , dan disusukn oleh isteri dia , ipar saya adakan saya dengan anak susuan tersebut aurat
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, anak susuan yang telah disusukan oleh adik ipar puan adalah menjadi mahram kepada suaminya juga. Justeru, hubungan puan dan anak susuan tersebut adalah mahram sebagai ibu saudaranya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ Maksudnya: “Mereka yang haram dikahwini kerana keturunan, haram juga dikahwini dengan susuan.” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.