BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum. Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan hukum Halal dan Haram. Kejadian ini berlaku di pantri di tempat saya bekerja. Soalan saya, apakah hukumnya jika kita memasuki pantri yang telah dibawa masuk makanan yang tidak Halal. Untuk pengetahuan makanan tersebut adalah makanan yang baru di masak di kedai dan dibawa masuk ke pantri yang ada menempatkan makanan Halal yang dibawa pekerja muslim. akan tetapi makanan tidak halal tersebut hanya di letakkan di atas meja didalam pantri tersebut dan makanan Halal yang di bawa terletak di dalam peti sejuk. Adakah pekerja muslim tersebut boleh memasuki bilik pantri tersebut dan seterusnya boleh memakan makanan yang dibawa? Sedangkan bilik pantri tersebut telah ada bau masakan yang tidak halal. apakah hukum nya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perkongsian tempat makan yang telah pun ada pengasingan antara makanan halal dan tidak halal, pastinya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. Sekadar bau tidak mensabitkan pengharaman untuk memasuki ruang pantry tersebut. Namun perlu diberi perhatian adalah alatan makanan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya perlu dipastikan penggunaannya tidak bercampur. Jika berlaku, ia perlu disucikan sebagaimana yang disyariatkan. Kesimpulannya, perkongsian tempat makan (pantry) antara makanan halal dan non halal tidak menjadi sabit pengharaman memasuki tempat tersebut disebabkan bau makanan non halal tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 159

message user image