BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya mengalami was-was teruk. Saya rasa najis hukmi sudah berpindah seluruh rumah. Saya mengalami depresi teruk. Bermula bila saya ke pasar, tangan saya terkena air darah ikan & ayam dan tidak ada tempat basuh tangan. Saya biarkan tangan kering tetapi masa memandu saya rasa tangan saya berpeluh. Jadi saya rasa najis sudah berpindah ke stereng kereta yang saya pegang. Kemudian bila abang saya memandu kereta yang sama, tangan beliau basah / berminyak memegang stereng, saya sudah memikirkan najis berpindah ke tangan beliau dan setiap apa yang beliau pegang, lama-lama merebak ke seluruh. Minta bantuan untuk perbetulkan pemikiran was-was saya berkaitan najis hukmi yang berpindah randah ini. Sangat-sangat memerlukan bantuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, beberapa catatan ulama’ telah mengesyorkan untuk meghilangkan penyakit was-was ini antaranya; 1. Mengambil sikap tidak peduli, iaitu dengan membiarkan perasaan was-was tersebut. 2. Bersabar dan terus mencuba menghilangkan was-was. Mereka yang ditimpa penyakit was-was ini sebenarnya sedang diuji, iaitu ujian menentang syaitan. 3. Mempelajari tatacara ibadah yang sahih. Dengan mempelajari ibadah yang sempurna dapat membantu menghindari penyakit was-was ini. 4. Sentiasa memohon perlindungan Allah SWT. Ini kerana bisikan syaitan sentiasa menyebabkan perasaan was-was kepada manusia. Perlindungan daripada Allah SWT teramatlah penting dalam usaha mengekangnya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Fussilat : 36) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 185

message user image