BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. saya mengalami perasaan was-was yang sangat kronik ketika ingin mengambil wudhu, solat dan mandi hadas. Saya ingin bertanya, saya telah mandi hadas. setelah saya yakin air sudah rata, ketika saya sedang menyabun anggota badan, terlintas di fikiran saya "aku malas lah nak angkat hadas besar." Tetapi saya bukan sengaja ingin rasa begitu. Saya telah betulkan semula dengan berkata "aku malas nak angkat benda berat-berat." Adakah mandi hadas saya terbatal saya cakap begitu? Perlukah saya ulang mandi hadas saya? Saya betul-betul rasa tidak tenang. Tetapi saya tetap solat juga.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sah mandi hadas tersebut apabila disertakan dengan niat untuk mandi wajib apabila sampai air di tubuh badan. Puan tidak perlu untuk mengulangi mandi wajib tersebut walaupun ada lintasan untuk membatalkan mandi tersebut sekiranya memang telah berniat untuk mandi wajib pada awalnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 160

message user image