Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bolehkah solat jamak takhir dilakukan di rumah. Contoh saya menaiki kapal terbang sebelum masuk waktu maghrib dan tiba di destinasi selepas habis waktu maghrib. Solat jamak takhir dibuat di rumah
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukum solat jamak takhir dilakukan di rumah adalah tidak sah. Kerana solat jamak takhir tersebut hanya boleh dilaksanakan di luar dari kawasan tempat tinggal (luar dari kawasan kariah). Apabila sampai di rumah, maka hilanglah sifat safar. Lakukanlah solat jamak dilapangan terbang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.