BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum WBT, 1. Saya ingin bertanya mengenai kami sebagai penyedia platform derma secara online kepada masjid-masjid dan badan-badan kebajikan. Apakah hukum-hukum syarak yang patut kami patuhi.? 2. Apakah hukum-hukum yang patut kami patuhi didalam caj perkhidmatan ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sebagai penyedia platform derma secara online kepada masjid-masjid dan badan-badan kebajikan, pertamanya tuan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak berwajib iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar ia tidak menyalahi enakmen sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 106 : Pungutan Khairat, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. (http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/8ec0fc5eb8394baf482570ff003d013b?OpenDocument) Selain itu, pastikan tujuan kutipan derma secara jelas. Bagaimana prosedur kutipan, simpanan dan perbelanjaan hendaklah telus. Perbelanjaan mematuhi tujuan seperti yang ditentukan (tidak bercanggah dengan niat penderma). Sama ada caj perkhidmatan mendapat persetujuan atau tidak, ia tertakluk dengan prinsip ijab qabul yang digunakan seperti sama ada wakalah (وكالة) atau jaalah (جعالة). Nyatakan juga berapa caj perkhidmatan yang hendak dikenakan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 203

message user image