BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Suami dalam keadaan marah mengeluarkan perkataan. Demi allah jika engkau keluar sebelum jam 7 pagi jatuh talak satu. Hakikat nya si isteri tak keluar sebelum jam 7. Adakah jatuh talak pada isteri? Bagaimana hari-hari kemudian nya. Adakah mereka perlu rujuk? Jika nak keluar pergi mana-mana perlu meminta keizinan suami jika tiada keizinan suami talak akan jatuh ke?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Tidak jatuh talak jika isteri tidak keluar sebelum jam 7 pagi. 2. Jika tidak jatuh talak, maka tidak perlu rujuk. 3. Ya. Isteri wajib meminta izin dari suami untuk keluar rumah. Jika tiada keizinan suami, isteri tersebut menjadi nusyuz. Jika yang dimaksudkan meminta izin untuk keluar ke mana-mana itu disebabkan oleh lafaz suami : “Demi Allah jika engkau keluar sebelum jam 7 pagi jatuh talak satu” ia dikategorikan sebagai lafaz taklik. Bermakna, jika suami maksudkan jangan keluar rumah sebelum jam 7 pagi pada hari itu sahaja, maka taklik itu hanya berlangsung pada hari tersebut sahaja. Hakikatnya, isteri tidak keluar sebelum jam 7 pagi, maka talak tidak berlaku, dan tidak perlu rujuk. Tetapi, jika suami maksudkan, jangan keluar rumah sebelum jam 7 itu pada setiap hari, lalu jika isteri langgar atau isteri keluar juga rumah sebelum jam 7 pagi, maka jatuhlah talak ke atas isteri, dan taklik itu terhenti pada hari isteri melanggarnya. Jika suami dan isteri hendak rujuk kembali, maka rujuklah. Sebaiknya urusan berkaitan talak dan rujuk hendaklah diuruskan di Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk direkodkan mengikut prosedur yang ditetapkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 115

message user image