BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: saya ingin bertanya tentang hutang abang saya sudah meninggal dunia dan saya ingin menjelaskan hutang abang saya tetapi saya tidak tahu berapa banyak abang saya berhutang dan untuk bukan islam bagaimana saya boleh jelaskan hutang mereka kerana saya tidak tahu siapa abang saya berhutang untuk orang bukan yang islam


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, berkenaan urusan hutang arwah abang, sebaiknya saudara bolehlah dapatkan maklumat daripada kawan-kawan atau kenalannya di tempat kerja, semasa belajar dan sebagainya. Disamping itu, bolehlah dibuat hebahan jika ada yang mengenali, dan arwah abang ada berhutang dengan mereka, sama ada kenalannya yang muslim atau bukan muslim. Mudah-mudahan cara tersebut dapat membantu. Bagaimanapun, dalam situasi sekarang, saudara perlu lebih berhati-hati, ditakuti diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan saudara terbeban dengan sesuatu yang tidak pasti serta diluar kemampuan. Oleh itu, pastikan yang menuntut mesti mempunyai bukti yang menunjukkan abang berhutang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 155

message user image