BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: As salam ustaz / ustazah, saya menaiki kereta dan melalui jalan yang ada bangkai anjing yang baru lepas kemalangan, di kiri kanan kereta terdapat serpihan bangkai yang hancur, persoalannya, sudah pastilah roda kereta saya melalui jalan tersebut bagaimana pun saya tidak pasti samada ada percikan ke badan kereta saya, jika saya keluar dari kereta tersebut, dan seluar saya terkena bahagian bawah kereta, perlukah saya samak pakaian saya ? saya tidak pasti ada terkena najis anjing tersebut atau tidak. minta penjelasan.. terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, dalam perkara yang saudara sendiri tidak pasti kenajisannya sama ada terkena pada kereta atau pakaian, maka tidak perlu sertu. Jalan raya yang pernah dilalui anjing atau pernah dinajisi oleh anjing, tidak semestinya akan menajisi sesiapa yang melaluinya kerana hilangnya najis itu disebabkan adanya matahari dan faktor alam, maka hilanglah hukum najisnya. Maka tidak perlu disertu. Namun, jika dilihat ‘ainnya ada terkena pada pakaian kita, maka wajib sertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 230

message user image