BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: bernazar tidak aktifkan akaun facebook selepas berkahwin, kemudian selepas setahun lebih berkahwin, suami minta untuk aktifkan semula akaun facebook, bagaimana ustaz adakah saya boleh ikut permintaan suami atau abaikan sahaja?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perkara tersebut tidak termasuk di dalam nazar. Perkara yang harus, tidak boleh dinazarkan dan tidak sah. Begitu juga halnya dalam perkara mengaktifkan semula akaun Facebook. Dalam perkara ini, ia dilihat lebih kepada keazaman puan untuk tidak mengaktifkan akaun Facebook tersebut. Puan boleh sahaja mengikut kehendak suami untuk mengaktifkan semula atau boleh juga memilih untuk tidak mengaktifkannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 101

message user image