BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: apakah hukum isteri pergi melancong ke luar negara dengan kawan-kawan perempuan? dalam hal ini suami mengizinkan isteri pergi.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, harus bagi seorang isteri pergi melancong ke luar negara bersama kawan-kawan wanitanya. Tambahan pula pemergiannya untuk bercuti mendapat keizinan daripada suami. Adalah menjadi kewajipan seorang isteri itu tetap menjaga maruah dan harga dirinya selama dalam percutian tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 473

message user image