BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, saya ingin bertanya apakah sebenar hukum caj perkhidmatan? Saya menjual topup secara bergerak.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum mengambil caj perkhidmatan adalah harus selama mana dengan kadar yang bersesuaian dan tidak berlebih-lebihan. Caj perkhidmatan tersebut adalah dikira sebagai upah yang diambil daripada pelanggan menerusi aktiviti perniagaan menjual top up tersebut. Ia termasuk dalam akad ijarah (إجارة). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 99

message user image