BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Mohon pencerahan berkenaan harta si mati. Si mati ada meninggalkan wang KWSP tetapi si mati ada letak nama dua orang anak saudara. Adalah duit itu untuk anak saudara yang dia letak nama itu atau kena faraid wang KWSP tersebut. Atau duit itu untuk ibu si mati sebab si mati belum berkahwin lagi .TQ


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, wang KWSP simati adalah menjadi harta pusaka yang perlu difaraidkan kepada ahli warisnya. Adapun, penama (dua orang anak saudara) adalah sebagai pemegang amanah sahaja. Bukan pewaris mutlak ke atas wang KWSP tersebut. Rujukan fatwa : http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2000-2004/126-fatwa-tentang-hukum-simpanan-wang-kwsp-bagi-ahli-yang-beragama-islam-yang-meninggal-dunia Oleh kerana si mati belum berkahwin dan masih mempunyai ibu, ibunya juga mempunyai hak ke atas bahagian faraid tersebut. Justeru, bagi urusan pembahagian faraid boleh merujuk ke Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri yang berdekatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 97

message user image