BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, saya ada satu soalan berkaitan status ikatan perkahwinan sama ada jatuh hukum talak atau tidak. Rakan saya telah menyamar sebagai orang lain dalam media sosial. Contoh sepatutnya nama dia A tetapi mengaku adalah B dan semua identiti dari segi pekerjaan adalah rekaan sahaja. Telah berkenalan dengan seorang wanita dalam media sosial dan hanya berhubung dengan media sosial sahaja,mengaku telah bercerai dengan isteri lamanya. Apa hukum kedudukan perkahwinan lelaki yang menyamar orang lain tu. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mengaku telah bercerai dalam keadaan beliau sebenarnya belum menceraikan isterinya adalah satu penipuan yang termasuk di dalam dosa besar. Jelas pada dirinya satu ciri daripada ciri-ciri orang munafik iaitu apabila berkata dia berdusta. Walaubagaimanapun talak tidak berlaku. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 149

message user image