Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Si suami telah meletakkan syarat kepada si isteri dengan berkata jika ada sesiapa datang ke rumah ketika si suami tiada di rumah dan isteri tidak memaklum kan pada suami maka automatik jatuh talak 1. Jadi pada suatu hari si isteri terlupa untuk maklumkan pada suami tentang kedatangan abang dan kakak ipar di rumah. jadi apakah status pasangan tersebut? mohon pencerahan dari pihak tuan,. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kepada lafaz taklik yang dilakukan oleh suaminya, maka isteri tersebut telah tercerai dengan talak 1 secara taklik, kerana ia menepati syarat taklik yang dilafazkan oleh suami tersebut. Justeru, mereka dikehendaki mengemukakan perkara ini ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan dan proses selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.