BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: BAYARAN ZAKAT: Sebahagian zakat saya, diberi terus kepada penerima yang layak terima zakat manakala sebagian lagi kepada pihak majlis agama islam tempatan. Baru-baru ini saya dengar dari seorang ustaz di you tube yang mengatakan jika sesebuah negara itu ada amir memungut zakat maka sesiapa yang beri terus zakat berkenaan kepada orang perseorangan walaupun orang itu layak terima zakat, hukumnya adalah berdosa tetapi pemberian zakat itu sah disisi islam. Adakah hujah ustaz itu benar? Sila beri pencerahan kepada saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pemberian zakat tersebut adalah sah. Penjelasan selanjutnya tuan bolehlah merujuk kepada jawapan S.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor berhubung isu mengeluar dan mengagihkan zakat secara sendiri di link berikut : http://www.muftiselangor.gov.my/mufti/temuramah-bersama-mufti/43-isu-mengeluar-dan-mengagihkan-zakat-secara-sendiri Manakala rujukan bagi fatwa berkenaan agihan zakat secara persendirian yang telah dikeluarkan oleh Jabatan ini, tuan bolehlah layari link berikut : http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/175-hukum-mengagihkan-zakat-secara-persendirian-dan-qada-zakat والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 80

message user image