BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya tentang masalah tanah pemberian ibu. 7 tahun lepas ibu ada memberi tanah kepada saya dan saya telah membina rumah diatas tanah pemberian ibu. Ibu berjanji selepas habis bayaran pinjaman masukkan 2 lagi nama kakak kerana sekarang nama saya seorang dalam geran. Tapi kini ibu suruh saya pulangkan balik rumah yang saya buat dan tidak mahu letak nama kakak dan gantikan dengan abang sebab abang mahu buat rumah sewa. Disebabkan krisis ini saya pun keluar dan menyewakan rumah saya. Ibu saya marah dan kata dia mahu semula rumah itu dan tidak halalkan saya ambil duit sewa itu. Apa yang patut saya buat demi kebaikan semua kerana saya ingin masukkan nama adik beradik tetapi ibu tidak mahu. Ibu sudah berumur 78 tahun dan mahu buat rumah sewa. Apakah yang harus saya buat adakah status tanah tu milik saya atau ibu lagi kerana dalam geran nama saya seorang. Boleh kah saya masukkan nama adik beradik dan adakah haram duit sewa yang saya terima itu. Apa cara yang terbaik sebab sudah 4 tahun masalah ini berlarutan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dari segi undang-undang puan sebagai penama, maka puan adalah pemilik tanah tersebut. Rumah yang puan bina juga merupakan rumah puan yang sah. Harus untuk meletakkan nama dan harus mengambil duit sewa tersebut. Sebaiknya, bagi mengelakkan masalah yang berpanjangan, disyorkan agar puan mendokumenkan apa jua urusan yang berkaitan agar perkara ini ada rekodnya sebagai bukti, bukan hanya penjelasan lisan yang sukar direkod dan boleh diputarbelitkan. Boleh juga mendapatkan khidmat nasihat perundangan dari mana-mana firma guaman bagi urusan tersebut. Walauapapun, berbincanglah secara baik dengan ibu. Bagaimanapun, pemberian ibu bapa boleh ditarik balik, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA dan Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Tidak halal bagi seseorang yang memberi hibah menarik balik hibahnya kecuali hibah bapa kepada anaknya” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 119

message user image