BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum Menindik Hidung


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, menindik hidung adalah perbuatan yang tidak disyariatkan, justeru hukumnya adalah haram. Umat Islam adalah dilarang menyerupai perbuatan orang kafir. Terdapat hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA., bahawa Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka”. (Riwayat Abu Daud) Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan harus jika bertujuan untuk menyukakan suami, tetapi bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada khalayak umum. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 158

message user image