BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Apa hukum tidak bantu keluarga yang susah kerana tidak mahu bekerja kerana malas. Mempunyai kesihatan dan kekuatan yang baik. Duit memang diberikan tetapi makin malas dan sekarang hanya harap kan ahli keluarga bagi duit sepenuhnya. Duit digunakan bukan sahaja untuk keperluan asas tetapi rokok, astro dll. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak membantu keluarga hukumnya adalah berdosa, kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan silaturrahim terputus. Islam menganjurkan agar membantu dan berbuat baik terutamanya terhadap ahli keluarga dan kaum kerabat sebelum membantu orang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (an-Nuur : 22) Adapun, sikap malasnya itu hendaklah ditangani dengan cara yang berhemah. Selain teguran, nasihat dan motivasi, bolehlah diberikan cadangan pekerjaan agar beliau sedar akan keperluan untuk menanggung nafkah sekurang-kurangnya untuk dirinya sendiri demi meneruskan kehidupan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 144

message user image