BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: salam ustaz. saya hendak bertanya soal jodoh. adakah perlu untuk solat istikharah sedangkan tidak pasti samaada si dia suka kita ataupon tidak. tetapi kita suka dia? terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, solat istikharah biasanya dianjurkan ketika kita mempunyai dua pilihan. Hukumnya sunat. Bagaimanapun, ia boleh dilakukan untuk memberi panduan membuat keputusan samada patut dipinang atau sebaliknya, kerana telah menyukainya. Mudah-mudahan ia merupakan jodoh yang terbaik kepada kita lebih-lebih lagi kerana mempunyai ciri-ciri pilihan yang terbaik iaitu beragama. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 85

message user image