BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Asslamualaiku Ustaz, Sejak akhir-akhir ini ramai orang-orang gemuk atau yang mengalami obesiti telah mengambil keputusan menjalankan pembedahan buang sebahagian perut atau Bariatrik ( terdapat 3 jenis bariatrik) Soalan. Adakah membuang sebahagian perut utk kurus merupakan mengubah ciptaan Allah? Adakah alasan obesiti layak untuk dijadikan alasan kritikal bagi menjalani pembedahan membuang sebahagian perut? Apa hukum ke atas yang membedah dan dibedah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menjalani pembedahan bagi membuang sebahagian perut disebabkan obesiti bukanlah mengubah ciptaan Allah SWT. Ia adalah satu langkah pencegahan daripada penyakit-penyakit lain (darah tinggi, kencing manis, diabetis) dan untuk meningkatkan kualiti hidup dalam jangka masa yang panjang. Justeru, adalah harus untuk melakukan pembedahan sebahagian perut khususnya apabila disahkan oleh pakar perubatan. Ini kerana ia memberi impak yang positif dan terbaik kepada pesakit. Ia juga membantu pesakit untuk melakukan ibadah dengan baik dan hidup yang sihat. Adapun, bagi pesakit yang berisiko untuk melakukan pembedahan tersebut, hendaklah dielakkan jika ia boleh membawa mudharat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 105

message user image