BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Jika kita ragu atau tidak tahu jika tangan seseorang yang kita yang bernajis, adakah ianya basah atau kering apabila menyentuh barang yang suci, wajibkah kita menyucikan barang yang disentuh? Juga apakah hukumnya jika kita tahu sesuatu benda itu najis tetapi tidak tahu di bahagian mana, adakah seluruhnya dianggap bernajis atau ambil kepada keyakinan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, 1. Bagi persoalan ini, ambil perkara yang yakin dan tahu sahaja berkenaan tangan sendiri. Tangan orang lain itu akan dipertanggungjawabkan ke atas diri mereka masing-masing. Justeru, tidak wajib menyucikan barang yang mereka sentuh, selagi tidak diyakini najisnya. 2. Jika tahu ia najis, bersihkan bahagian yang yakin adanya ‘ain najis itu sahaja. Jika tidak tahu dengan tepat, bermakna hanya syak sahaja. Maka tidak perlu apa-apa tindakan, kerana asal kedudukannya tidak ada najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 167

message user image