BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Soalan saya, Saya pernah kemalangan motor dan menyebabkan pipi saya nampak bengkak sebelah dan bila meningkat usia, pipi yang bengkak semakin jatuh dan nampak saya lebih berusia dari usia sebenar. Keadaan ini membuatkan saya rasa agak rendah diri apabila ditegur rakan-rakan dan orang lain. Adakah saya dibolehkan untuk membuat rawatan threadlift bagi tujuan membetulkan keadaan pipi saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kaedah tanam benang atau thread lift dengan menggunakan benang yang dimasukkan ke dalam kulit bertujuan untuk menegangkan, mencerahkan dan meremajakan kulit hukumnya adalah haram, kerana termasuk dalam kategori mengubah ciptaan Allah SWT. Ini berdasarkan riwayat hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah SWT melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu kening (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah SWT.” (Riwayat al- Bukhari) Berdasarkan kepada hadith di atas majoriti fuqaha berpendapat, perbuatan mengubah struktur tubuh bagi tujuan kecantikan adalah diharamkan, ini kerana perbuatan tersebut juga termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah SWT. Maka penggunaan thread lift dalam mencantikan diri termasuk dalam kategori ini. Walau bagaimanpun, jika perbuatan tersebut bertujuan mengembalikan keadaan asal yang cedera akibat kemalangan, maka hukumnya adalah harus. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 162

message user image