BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamu'alaikum Ustaz. Saya ingin bertanya mengenai hukum sama ada sah atau pun tidak solat saya sekiranya:- 1. Jerawat pecah tanpa disengajakan ketika solat. 2. Jerawat terpecah ketika mengambil wuduk, dan sukar untuk saya menghentikan darah tersebut, dan akhirnya saya terus mengambil wuduk dan solat, walaupun darah tidak berhenti sepenuhnya. 3. Jerawat sengaja dipecahkan dan darah sukar diberhentikan, dan waktu solat hampir tamat, maka saya pun terus ambil wuduk dan solat dengan melekatkan tisu di tempat jerawat pecah tersebut. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, dalam semua keadaan, perlu pastikan darah tidak mengalir ketika solat, kerana hanya darah yang sedikit sahaja dimaafkan. Adapun, sengaja atau tidak sengaja memecahkan jerawat ia tiada kesan hukum. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 231

message user image