BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Semasa menunaikan umrah, abang saya telah menarik seutas benang daripada kiswah kaabah dan membawa pulang ke Malaysia. Dia menyimpan benang tersebut di dalam dompet beliau. Apakah hukum menarik benang kiswah dan membawa pulang benang tersebut? Jika perkara tersebut haram, bagaimanakah cara memulangkan benang tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, secara prinsipnya, walaupun kecil, ia diambil tanpa izin, hukumnya adalah haram dan berdosa. Oleh itu, ia perlu dipulangkan semula (boleh dikirimkan kepada jamaah umrah yang amanah). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 70

message user image