BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan, untuk makluman saya telah diberitahu oleh seorang ustaz semasa pengajian Al-Quran bahawa mandi junub tidak sah jika tidak mengambil wuduk terlebih dahulu dan ianya memberi kesan ke atas ibadat-ibadat lain yang dilaksanakan juga menjadi tidak sah. Harap tuan sudi memberi jawapan, supaya saya dan rakan-rakan sepengajian lebih faham tentang permasaalahan tersebut. Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perkara yang fardu dalam mandi wajib adalah ; i- Berniat ketika mandi, iaitu ketika air mengenai badan. ii- Membasahkan semua anggota badan yang zahir, kulit dan rambut serta meratakan air pada rambut hingga ke pangkalnya. Manakala berwuduk adalah perkara sunat dalam mandi wajib. Mandi wajib tetap sah walaupun tidak mengambil wuduk terlebih dahulu. Bagaimanapun kita amat digalakkan untuk melakukan perkara-perkara sunat ketika mandi wajib. Hadith yang diriwayatkan daripada Maimunah RA, yang bermaksud bahawa : “Baginda membasuh kemaluan dan kotoran-kotoran yang mengenainya, kemudian baginda berwudhu’ untuk bersolat. Seterusnya Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati pangkal rambutnya. Kemudian Baginda menjirus kepalanya dengan tiga sapuan air dan meratakannya ke seluruh badannya.” (Riwayat al-Bukhari) Perbuatan Nabi SAW ini menjadi asas kepada hukum sunat wuduk terlebih dahulu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 130

message user image